Site Loader

Fonetik dan fonologi adalah bidang yang mengkaji bunyi bahasa.
Fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan
manakala fonologi pula mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Bunyi-bunyi
bahasa yang dikaji akan didengar terlebih dahulu sebelum dideskripisi. Fonologi
ialah bidang yang mengkaji sistem bahasa dan dan fonem wujud dalam fonologi
untuk memudahkan deskripsi sistem bunyi atau fonologi tersebut. Jelas sekali
fonetik dan fonologi merupakan bidang yang sangat berkait rapat antara satu
sama lain iaitu menyentuh kajian tentang bunyi.

            Dialek menurut Nik
Safiah Karim ( 1993 : 27 ) yang menyatakan dialek adalah variasi bahasa yang
hanya dibezakan dengan penggunanya. Setiap dialek itu mempunyai ciri yang
tersendiri yang berbeza dengan dialek-dialek yang lain. Beliau menyatakan
definisi dialek tersebut melalui Monograf Simposium Dialek. Selain itu
juga di Semenanjung Malaysia menurut Asmah Haji Omar ( 1991 : 31 ) terdapat
pelbagai variasi dialek yang telah dikelompokkan kepada beberapa kawasan
seperti kelompok barat daya, kelompok Timur Laut, kelompok Selatan dan kelompok
yang diwakili oleh negeri Sembilan. Dialek Kelantan berada dalam kelompok Timur
Laut. Manakala dialek Perak pula berada dalam kelompok barat daya.  Perbezaan dialek antara dialek yang terdapat
di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh faktor persekitaran dan pengaruh
alam. Perbezaan tersebut boleh dilihat melalui sistem bunyi dan juga leksikal
sesuatu dialek tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Dialek Kelantan merupakan salah satu dialek yang unik dan mempunyai
sistem bunyi bahasa yang tersendiri. Dialek ini bukan sahaja dituturkan oleh
masyarakat Melayu di Kelantan namun dituturkan juga oleh masyarakat Siam yang
tinggal di Kelantan , Cina dan juga India. Dialek Kelantan  mempunyai vokal sama seperti dengan dialek
negeri lain tetapi mempunyai makna yang berbeza yang menyebabkan dialek ini
sukar difahami oleh penduduk bukan Kelantan. Di samping itu juga dialek
Kelantan juga mempunyai perbezaan bunyi dan sebutan dengan dialek lain terutama
sekali dalam sebutan vokal.                  

            Bagi dialek Perak
pula mempunyai banyak subdialek. Kehadiran subdialek tersebut adalah disebabkan
oleh faktor geografi dan migrasi luar. Menurut Abdul Halim ( 1977 ) kawasan
yang banyak menerima pengaruh luar adalah kawasan daerah Larut Matang, Hulu
Perak, Kerian, Hilir Perak dan Batang Padang. Kesemua kawasan dikenalpasti
menerima pengaruh luar menyebabkan mereka mempunyai subdialek. Kawasan yang
dijadikan sebagai kajian adalah kawasan daerah Parit yang berada di Perak
tengah. Kawasan yang mewakili dialek sebenar Perak adalah kawasan Parit dan
Kuala Kangsar iaitu dikenali sebagai subdialek Parit dan subdialek Kuala
Kangsar dan hal ini dinyatakan oleh tokoh Asmah Haji Omar (1998). Selain itu
juga terdapat perbezaan sebutan dan bunyi bahasa bagi subdialek ini di samping
jumlah vokal yang berbeza dengan dialek negeri lain.

            Berdasarkan dialek
Kelantan dan subdialek Perak ini sebuah kajian berkenaan dengan aspek fonologi
akan dihasilkan. Kajian ini membincangkan dan menganalisis proses-proses
fonologi yang terdapat dalam penggunaan dialek Kelantan dan juga subdialek
Perak. Proses tersebut akan dilakukan berdasarkan perkataan-perkataan yang
dipilih secara rawak dan akan ditranskripsi dan seterusnya akan dianalisis
berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Avram Noam Chomsky pada tahun 1957
dan diperkembangkan oleh Halle dan Chomsky pada tahun 1968 iaitu teori fonologi
generatif.  

 

1.1  PERNYATAAN
MASALAH

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis dialek yang menggambarkan
keunikan negara ini. Antara dialek yang unik dalam negara ini adalah  dialek Kelantan dan Perak. Kedua-dua dialek
ini bunyi bahasa yang tersendiri yang menjadi lambang kepada penutur mereka.

            Subdialek Parit
ialah subdialek yang memperlihatkan ciri-ciri asas dialek Perak. Manakala
dialek Kelantan pula subdialek Kota Bharu merupakan subdialek yang standard
yang merupakan juga memperlihatkan ciri-ciri asas bagi dialek Kelantan. Subdialek
Kota Bharu lebih banyak menerima pengaruh dari bahasa standard, khususnya dalam
perbendaharaan kata jika dibandingkan dengan subdialek-subdialek yang lain.
Manakala subdialek Parit yang mewakili dialek Perak mempunya tidak menerima
mana-mana pengaruh namun mempunyai sebutan yang berbeza dengan subdialek yang
lain.

            Selain itu juga
kedua-dua dialek ini mempunyai perbezaan jumlah vokal iaitu subdialek Parit
mempunyai tujuh vokal manakala subdialek Kota Bharu mempunyai lapan vokal.
Namun begitu terdapat dua jenis vokal dalam kedua-dua subdialek ini iaitu vokal
kardinal utama dan juga vokal sekunder. Subdialek Parit tidak mempunyai vokal
sekunder tidak seperti subdialek Kota Bharu. Oleh itu kajian akan
memperlihatkan kedudukan sistem vokal sekunder dan primer serta vokal kardinal pada
kedua-dua subdialek  tersebut dan juga
menganalisis proses fonologi yang berlaku pada kedua-dua subdialek tersebut.

Kajian terdahulu Nurliyana Zainal Abidin dan Adi Yasran Abdul Aziz
(2016) membuat kajian terhadap dialek Kelantan dan dialek Negeri Sembilan.
Kedua-duanya membuat perbandingan terhadap inventori vokal diantara kedua-dua
dialek tersebut Selain itu juga kajian terdahulu yang dilakukan oleh Adi Yasran
Abdul Aziz (2005) inventori konsonan dialek Melayu Kelantan: satu penilaian
semula telah mengkaji konsonan dialek Kelantan tanpa membuat perbandingan
dengan dialek yang lain.

            Selain itu
terdapat kajian lepas yang membuktikan bahawa dialek Perak mempunyai subdialek
akibat daripada menerima pengaruh daripada pendatang. Kajian lepas yang
dilakukan oleh Rohani Mat Yusof yang mengkaji Kuala Kangsar sebagai Transisi
dialek. Menurut Asmah Haji Omar (1993:219) daerah-daerah yang betul mewakili
dialek Perak adalah kawasan Parit dan Kuala Kangsar. Kajian lepas yang
membuktikan lagi bahawa dialek Perak mempunyai subdialek adalah melalui kajian
lepas yang dilakukan Nor Hashimah Jalaluddin iaitu kajian penyebaran  dialek Patani di  Perak berdasarkan analisis geolinguistik.

            Seterusnya
pembuktian kajian lepas adalah kajian mengenai dialek Kelantan yang dilakukan
oleh Zaharani Ahmad dan Adi Yasran Abdul Aziz yang mengkaji kelegapan fonologi
dialek Kelantan. Seterusnya adalah kajian lepas fonologi rangkap vokal dan
kepelbagaian dialek Melayu dengan menggunakan teori optimaliti. Kajian
penggantian kata ganti nama dalam aplikasi Whatsapp dilakukan oleh Azrizan Abu
Bakar dan Karim Harun. Kajian lepas yang terakhir sekali adalah kajian yang
dilakukan oleh Nurul Ain bt Ahmad iaitu berkenaan dengan aspek leksikografi
entri dialek Kelantan dalam kamus dewan bahasa edisi keempat.

1.3 OBJEKTIF
KAJIAN

Antara objektif  kajian
mengenai perbandingan dialek Kelantan dan dialek Perak adalah :

i)                   
Mengenalpasti
kedudukan sistem vokal pada kedua-dua subdialek

ii)                 
Menganalisis
proses fonologi yang berlaku pada kedua-dua subdialek.

1.4 PERSOALAN
KAJIAN

Antara persoalan kajian dalam kajian proses fonologi dalam dialek
Kelantan dan dialek Perak:

i)                   
Apakah
kedudukan sistem vokal pada kedua-dua subdialek

ii)                 
Apakah
proses fonologi  yang berlaku diantara subdialek
Kelantan dan Perak

1.5 KEPENTINGAN
KAJIAN

Dialek merupakan satu bahasa komunikasi yang menjadi penghubung di
antara masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu pengkajian dialek adalah sangat
penting untuk dikaji kerana menjadi panduan untuk mereka berkomunikasi dengan
baik. Selain itu juga mereka dapat bertutur dengan baik dengan dialek-dialek yang
lain serta dapat memahami dan membezakan dialek mereka dengan dialek yang lain.
Hal ini demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang keliru akan
keaslian dialek yang digunakan oleh mereka dalam perbualan seharian. Akibatnya,
mereka tidak lagi mengekalkan keaslian dialek yang mereka warisi kerana telah
bercampur aduk dengan dialek-dialek yang lain.

            Di samping itu
juga kajian terhadap proses fonologi terhadap kedua-dua subdialek ini sangat
penting untuk memperlihatkan perbezaan dan persamaan yang terdapat diantara
kedua-dua dialek tersebut samada dari segi keduduka vokal . Kedudukan sistem
vokal pada subdialek ini perlu dilihat dengan lebih terperinci agar perkataan
yang mengalami perubahan itu dapat dikenal pasti dengan lebih jelas apabila
melalui proses fonologi.

            Kepentingan kajian
ini juga adalah untuk membezakan subdialek Kota Bharu dengan subdialek Perak
iaitu Parit. Hal ini demikian kerana dialek Perak mempunyai subdialek akibat
menerima pengaruh dari luar dan juga faktor geografi. Kawasan yang mewakili
dialek Perak adalah daerah Parit dan Kuala Kangsar. Manakala di Kelantan subdialek
Kota Bharu adalah kawasan yang memperlihatkan ciri-ciri dialek Kelantan kerana
menerima pengaruh daripada bahasa standard dan 
paling banyak dituturkan oleh masyarakat di Kelantan. Oleh hal yang
sedemikian kajian ini penting untuk memperlihatkan persamaan dan perbezaan
kedua-dua subdialek ini terutama sekali dari segi kedudukan sistem vokal.

 

1.6 BATASAN DAN
SKOP KAJIAN

Dialek Kelantan merupakan satu dialek yang unik dan sukar untuk
dituturkan oleh bukan penutur jati itu sendiri. Skop kajian ini akan
memfokuskan  kepada kawasan Kota Bharu
iaitu Kampung Pulau Melaka kerana kawasan ini merupakan kawasan subdialek yang
mewakili ciri-ciri dialek Kelantan. Kawasan ini merupakan kawasan induk dan
dituturkan dengan asli tanpa adanya subdialek yang lain. Masyarakat di sini
boleh dikatakan masyarakat bandar yang menutur dalam dialek Kelantan dan mereka
menggunakan dialek ini sebagai pertuturan harian mereka serta mengutamakan
dialek ini sebagai perbualan mereka.

            Dialek Perak pula
berbeza dengan dialek Kelantan kerana dialek Perak banyak dipengaruhi oleh
bahasa Melayu standard. Skop kajian ini akan memfokuskan kawasan daerah Parit
di Perak iaitu di Kampung Selboh kerana kawasan ini merupakan dialek yang
mewakili dialek Perak. Manakala dialek Kelantan mempunyai perbezaan sebutan
dengan daerah lain terutama sekali dari segi kedudukan vokal. Oleh sebab itu
kajian ini akan melihatkan perbandingan dari segi kedudukan sistem vokal yang
terdapat pada kedua-dua subdialek tersebut.

Selain itu, kajian tentang proses-proses fonologi dalam dialek
Kelantan dan Perak ini mengkhususkan teori yang diperkenalkan oleh Avram Noam
Chomsky (1957) iaitu teori fonologi generatif. 
Terdapat ramai tokoh yang mengkaji fonologi generatif. Antaranya ialah
Paul Kisparsky, ahli fonologi yang mengkaji sejarah fonologi. Beliau juga
merupakan pengasas fonologi generatif yang lebih khusus dalam bidang fonologi
leksikal dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, tokoh yang mengkaji bidang
fonologi generatif ialah Bruce Hayes iaitu merupakan penggiat fonologi
generatif yang berasal dari Amerika yang mengkaji fenomena fonologi secara
meluas dan terperinci  termasuklah
dalam  struktur metrik daripada fonologi.
Teori fonologi generatif adalah satu  subsistem daripada tatabahasa generatif
tranformasi yang diperkenalkan oleh Avram Noam Chomsky pada tahun 1957.

 

 

 

1.7 DEFINISI
KONSEP

Definisi konsep akan menjelaskan
konsep-konsep berdasarkan tajuk yang dikaji. Antara konsep tersebut adalah
perbandingan, fonologi generatif, subdialek, dialek dan fonologi.

1.7.1 Fonologi

Fonologi merupakan kajian mengenai sistem bunyi bahasa serta
sifat-sifat semulajadi sistem tersebut secara umum. Di dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007:414), fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa, manakala Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)
memberi definisi bahawa fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang mengkaji
bunyi-bunyi bahasa mengikut peranannya.

Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa
dalam linguistik yang mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang
dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian
daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan
dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi juga adalah sebahagian daripada
linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa.

Di samping itu, menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad
(2006)  pula menjelaskan bahawa fonologi
ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan
fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan
(1997) dalam bukunya Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa,
bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam
bahasa iaitu bunyi. Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F.
Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem
bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Sistem bunyi sesebuah bahasa adalah fonologi. Jadi apabila sesuatu
bahasa itu dikaji maka fonem-fonem akan dapat dikenalpasti yang wujud dalam
sesebuah bahasa dan seterusnya akan mengkaji bagaimana fonem-fonem tersebut
digunakan dalam sesuatu bahasa tersebut.

 

 

1.7.2 Perbandingan

Konsep perbandingan menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang
memperlihatkan ciri-ciri persamaan atau perbezaan. Selain itu juga perbandingan
merupakan satu imbangan terhadap dua perkara untuk membuat kesimpulan terhadap
kedua-duanya.

 

1.7.3 Fonologi generatif

Fonologi generatif adalah satu teori yang
diperkenalkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957. Fonologi generatif ini
merupakan teori yang digunakan dalam membuat analisis terhadap dialek-dialek.
Proses dalam membuat analisis terhadap dialek akan menggunakan fonologi
generatif iaitu rumus-rumus fonologi. Rumus tersebut akan terbentuk berdasarkan
proses fonologi yang berlaku daripada bentuk dalaman kepada bentuk luaran. Rumus
tersebut akan menentukan proses fonologi yang berlaku dalam sesuatu perkataan.Oleh
hal yang sedemikian hal ini sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh Farid (
1988) yang menyatakan bahawa matlamat utama fonologi generatif ini adalah untuk
menjelaskan proses-proses fonologi yang berlaku yang mengubah representasi
fonetik dalam bentuk-bentuk rumus.

1.7.4 Dialek

Dialek merupakan variasi bahasa yang
dituturkan oleh sekumpulan masyarakat atau penutur berdasarkan faktor geografi
yang berbeza mengikut negeri. Menurut Abdul Hamid ( 1990 : 129 ) dalam Mario
Pie mendefinisikan dialek sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang
dituturkan oleh sekelompok penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Oleh yang
sedemikian setiap pertuturan yang diungkapkan melambangkan sesebuah masyarakat
dan perbezaan bahasa antara negeri. Setiap negeri mempunyai dialek yang
tersendiri dan terdapat juga sesetengah negeri mempunyai subdialek akibat
daripada pengaruh luar mahupun faktor geografi.

 

 

1.7.5 Subdialek

Subdialek adalah satu variasi bahasa yang
terdapat di dalam sesuatu dialek. Subdialek boleh berlaku adalah disebabkan
oleh penyebaran pengaruh luar dan juga faktor geografi. Contohnya di negeri
Perak terdapat subdialek-subdialek yang menunjukkan perbezaan antara mereka.  

1.7.6 Bunyi
Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi yang diberi
lambang dan terdiri daripada a,e,i,o,u. Bunyi-bunyi ini boleh hadir sama ada
pada awal kata, tengah kata dan juga akhir kata. Selain itu juga terdapat tiga
kedudukan vokal iaitu vokal depan, dua vokal belakang dan satu vokal tengah.
Bunyi vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah terhampar di rongga
mulut. Tengah lidah dilengkungkan sedikit. Luas rongga mulut diletakkan secara
bersahaja manakala keadaan bibir turut bersahaja. Udara ditekan keluar dari
paru-paru.

1.8 KESIMPULAN

Kesimpulan yang  dapat dibuat
daripada bab satu ini dapat menjelaskan bahawa perbandingan diantara dialek
Kelantan dan dialek Perak ini adalah melalui proses fonologi. Kedua-dua dialek
ini mempunyai keunikan yang tersendiri yang hanya terdapat di kawasan itu
sahaja. Permasalahan kajian , objektif kajian, skop dan batasan kajian adalah
amat penting dalam sesuatu kajian itu. Oleh hal yang sedemikian, bab satu ini
menjelaskan bagaimana kajian ini dilakukan untuk menghasilkan satu kajian yang
baik.

 

 

 

 

 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Katherine!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out